Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada 15 Feb 2024, sekitar jam 10 pagi kami sekeluarga bergerak ke Putrajaya yang mengambil masa sekitar setengah jam dari rumah kami. Kami bersiar-siar makan angin di sekitar Pantai Floria, Putrajaya. Alhamdulillah, cuaca waktu itu tidak terlalu panas.
Setelah puas bersiar-siar, waktu tengahari pun telah tiba. Maka kami sekeluarga pun mulai kelaparan dan bergegas mencari port makan terdekat. Memandangkan aku dan wife penyimpan emas di QM, maka kami singgah di Malakat Mall Cyberjaya untuk menggunakan fasiliti bayar makanan guna emas.
Setelah tiba di Malakat Mall, aku pun mula mencari parking dan Alhamdulillah parking di sana tidak terlalu crowded ketika aku sampai di sana.
Setelah park kereta, kami sekeluarga pun ronda-ronda di dalam Malakat Mall untuk melihat suasana di dalamnya. (korang boleh google sebab ramai dah share sebelum ini).
Di dalam Makalat Mall, aku ternampak Quantum Metal Jewellery (QMJ) yang merupakan branch ketiga kedai emas QM. Sangat meriah dan cantik kedai emas QM ni.
Selepas bersiar-siar di dalam mall, kami mencari kedai makan untuk mengalas perut. Kami pun terus ke Pulun Cafe dan masing-masing memilih makanan yang disediakan. Kalau nak makanan yang bergoreng, jam 3 petang baru ada, itu kata si penjaga kafe.
Sebelum makan, aku bayar siap-siap harga makanan dan minuman berharga RM 43.30 di kaunter menggunakan emas QM.
Selepas membayar makanan kami, aku telah mendapat reward GAE20X on the spot masuk ke dalam akaun emas QM aku dan bayaran aku tadi telah diselamatkan melalui teknik Auto GC 👇
Alhamdulillah, perut dah kenyang... kami pun masuk ke Malakat Grocer pulak untuk mencari serba sedikit barang dapur. Kat sini ada jual bermacam-macam barang seperti beras, minyak masak, gula, biskut, makanan sejuk beku, minuman, ayam mentah, ikan dan bermacam-macam lagi yang kita boleh dapatkan di sini.
Jumlah pembelian barang dapur sekitar RM151.35
Hasil belian barang dapur di atas, aku sangat teruja sebab aku dapat reward GAE20X dan juga bayaran barang dapur aku tadi telah diselamatkan melalui Auto GC 👇
Akhir sekali, seusai membeli barang dapur.. kami anak beranak mula berasa haus dan kami singgah di kedai Tea Amor untuk membeli Taufa Caramel Milk dan Taufa Rose Milk yang berharga RM 12.90 setiap satu. Aku membayar air ini menggunakan QMApps bernilai RM 25.80.
Hasil bayaran air tadi, akaun emas aku bertambah reward GAE20X lagi dan seperti biasa bayaran aku tu telah diselamatkan melalui Auto GC.
Kesimpulannya, setiap perbelanjaan aku bersama keluarga di Malakat Mall akan memberi aku reward dan pembayaran aku menjadi Auto GC tanpa aku keluarkan duit lain. Aku hanya guna simpanan emas yang ada di dalam akaun emas QM melalui kaedah pembayaran QMApp sahaja. Setiap pembelian ini adalah salah satu cara untuk aku selamatkan perbelanjaan hangus aku.
Apa kegunaan GAE20X dan Auto GC ni?
Bila berlakunya kenaikan harga emas dunia nanti, kita boleh jual (terminate) GAE20X dan juga boleh jual (terminate) atau tebus emas yang ada dalam Holding Inventory selepas Auto GC sebelum ini untuk menikmati keuntungan atas perbezaan harga emas dunia.
Bila berlakunya kenaikan harga emas dunia nanti, kita boleh jual (terminate) GAE20X dan juga boleh jual (terminate) atau tebus emas yang ada dalam Holding Inventory selepas Auto GC sebelum ini untuk menikmati keuntungan atas perbezaan harga emas dunia.
So, kalau anda ingin berbelanja sambil mendapat reward dan pada masa sama setiap perbelanjaan hangus anda tu ingin diselamatkan, QM adalah solusinya?
Tapi kalau anda rasa cara ini tidak sesuai dengan anda, anda tak perlu tekan link di bawah.
Duit anda, simpanan anda, cara perbelanjaan anda, anda sendiri yang tahu jawapannya.
Tapi kalau anda rasa cara ini tidak sesuai dengan anda, anda tak perlu tekan link di bawah.
Duit anda, simpanan anda, cara perbelanjaan anda, anda sendiri yang tahu jawapannya.
No comments:
Post a Comment