Sambutan bulan puasa setiap tahun sangat meriah.. yang mana kita dapati rata-rata setiap keluarga muslim mempersiapkan diri menyediakan pelbagai kelengkapan sebelum ketibaan bulan Ramadhan.
Ada yang mula mendekorasi rumah, membeli kelengkapan baju raya, membeli kuih raya dan sebagainya.
Tak lupa juga kepada golongan peniaga di bazar Ramadhan, beraneka juadah makanan dan minuman mereka sajikan kepada para pengunjung bazar agar pengunjung dapat membuat pilihan mengikut selera masing-masing.
Dua (2) Hari Sebelum Ramadhan Tiba, Apa Yang Aku Lakukan?
Aku bersama isteri aku pergi ke Malakat Mall untuk mencari barangan dapur yang diperlukan seperti mana ada dijual di pasaraya lain. Aku ke Malakat Mall sebab aku boleh bayar menggunakan akaun emas aku. So, aku tak perlu keluarkan duit lain semata-mata membeli barang dapur.
Setelah sampai di sana, aku pun guna TnGo sebelum park kereta aku di dalam kawasan parking Malakat Mall. Memang syok betul, sebab parking tidak sesak seperti mall lain dan banyak petak kosong disediakan untuk pengunjung.
Aku sarankan korang pergi pada hari minggu Sabtu dan Ahad, kerana waktu itu kebanyakan ofis sekitar Malakat Mall tutup berbanding hari biasa. Jadi anda tidak bertembung dalam kesesakan waktu rehat bersama staf ofis sekitarnya.
Setelak park kereta, aku dan wife pun bersiar-siar sekitar dalam Mall. Maklumlah bila pergi berdua tanpa anak-anak ni senang sikit la nak berjalan-jalan. Kalau tak sebelum ni, mereka nak balik awal je.. sebab nak main game online bersama kawan-kawan 😅
Dipendekkan cerita, hasil pembelian dan pembayaran yang aku lakukan melalui akaun emas wife dan akaun emas aku sendiri adalah seperti berikut :-
1. Singgah kedai Ran Cyber Point Timur untuk membeli 4 biji earphones (RM 40) untuk anak-anak aku yang bernilai RM 10 setiap satu.
2. Aku pun masuk Malakat Grocer untuk membeli barang dapur sebelum sambut Ramadhan. Sambungan no 2 ni di bawah...
3. Singgah kedai sama iaitu Ran Cyber Point Timur selepas selesai membeli barang dapur sebab anak aku minta belikan charger cable type C untuk charge phone beliau.
4. Waktu tengahari pun tiba, kami berdua lunch bersama di restoren Nasi Padang Asli Indonesia yang berharga RM 25 untuk 2 set hidangan. Masakan dia memnag sedap juga.
5. Wife aku beli barang di farmasi yang berada di dalam Malakat Mall. (Barang orang perempuan. So, tak perlu lah aku tunjuk resit di sini kan)
1. Berbaloi atau tidak menyimpan emas di QM?
2. Adakah membayar barangan yang dibeli melalui QMApp ini sangat berguna?
So, kepada anda yang ingin menyimpan emas dan menggunakan segala fasiliti yang disediakan oleh QM, boleh tekan button di bawah