Wednesday, January 31, 2024

Menyesal Buat GCA 😫

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



Hari ini (31 Jan 2024), dapat wasap dari client yang mana beliau ingin withdraw fizikal goldbar dan beliau meminta saya buat semakan ke atas akaun emas beliau samada cukup untuk pengeluaran fizikal Goldbar 1gm x 2 unit atau pun tidak.


Di bawah ni antara perbualan saya bersama beliau


Saya inform beliau harga emas/dinar fizikal QM di atas kita boleh buat semakan di sini ⤵️

Semak Harga Goldbar/Dinar Fizikal Di Sini



Setelah disemak, saya dapati akaun beliau masih tidak mencukupi untuk withdraw fizikal goldbar. Simpanan beliau yang ada di dalam GSA hanya sekitar 0.14 gm bersamaan RM 46 ++ sahaja.



Kemudian, client pun ada inform saya sebelum ni beliau pernah buat gold convert (selamatkan belanja hangus melalui GCA) bernilai RM 5000 (kemudian beliau menerima cash ke akaun bank pd waktu itu sekitar RM 4250)



Hasil semakan di atas, saya dapati di dalam Holding Inventory (GCA sebelum ini), ada keuntungan asbab kenaikan harga emas dunia ketika ini berbanding harga sebelum ini ketika beliau membuat GCA. Hasil kiraan saya, beliau boleh dapat anggaran sekitar RM 800++ ke atas jumlah $ 187.95 (tertera di dalam Net Cash Out). 

Berita ini memberi khabar gembira kepada beliau yang berhasrat mengeluarkan fizikal goldbar tanpa menggunakan duit lain.


Beliau bersetuju untuk terminate GCA tersebut dan hasilnya beliau menerima sekitar $187.95 yang telah dimasukan ke dalam Float Account beliau. 


Jumlah $187.95 di atas jika didarab dengan FX Rate semasa waktu terminate (sila rujuk Gold Spot Price di sini), beliau dapat dalam anggaran RM 883.365



Untuk keluarkan emas/dinar fizikal dari akaun emas QM, terlebih dahulu kita perlu menukarkan nilai yang tersimpan di dalam Float Account ke dalam bentuk emas digital di GSA. QM akan cas 7% (spread) keuntungan syarikat untuk proses ini. 
Atas persetujuan client saya, beliau bersetuju untuk proses ini dilakukan.


No 1 : Proses pembelian emas di GSA melalui pembayaran dari Float Akaun tanpa menggunakan duit lain.


Setelah proses no 1 selesai, client saya mendapat sejumlah 2.68 gm emas hasil pertukaran /pembelian dari Float Account di atas yang telah masuk ke dalam akaun GSA beliau.

No 2 : Proses withdraw 2 gm emas (1 gm setiap satu) 

Proses No 2 memerlukan ahli memasukan pin kod yang ahli sendiri telah set semasa Pendaftaran Akaun Emas QM yang bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun oleh pihak ketiga / scammer.




Client setuju dan memilih penghantaran (delivery) sampai ke rumah. QM beri pilihan kepada kita diberi samada ingin mengambil di Ar Rahnu Tekun terpilih atau di mesin ATM QM ataupun kaedah delivery. Terpulang kepada keselesaan kita.



Proses withdrawal fizikal goldbar ini akan dihantar terus ke alamat tertera di atas permintaan client yang mana client telah set di dalam akaun emas QM sebelum ini.


Setelah proses no 2 di atas selesai, maka client perlu tekan butang print untuk mendapatkan salinan seperti di bawah sebagai rujukan.



Quantity : 2 unit 1 gm emas 
Total Premium in USD : Kos termasuk minting, shipping, dan takaful/insurans
Nota : Rujuk I, II dan III setiap resit yang kita terima



Kesimpulannya :

1. Client beli emas bernilai RM 5000 di GSA dan terus buat GCA (untuk selamatkan kos belanja hangus)
2. Setelah GCA, client terima tunai RM 4250 yang telah dimasukan ke akaun bank beliau dalam tempoh 1 hingga 7 hari bekerja sebelum ini untuk beliau belanjakan.
3. Tahun demi tahun berlalu, hasil dari GCA sebelum ini yang tersimpan di dalam Holding Inventory telah alami peningkatan nilainya seiring kenaikan harga emas dunia yang mana beliau dapati ada nilai simpanan sejumlah RM 883++ 

Jika dicampurkan antara RM 4250 + RM 883 = RM 5133 
Maka di sini beliau ada KEUNTUNGAN selepas RM 5133 - RM 5000 =  RM 133 


Tekan sini unutk melihat pergerakan Harga Emas Dunia


So, anda rasa rugi ker buat GCA??? ☺️




No comments:

Post a Comment

Aku Dapat Ganjaran 2 Hari Sebelum Puasa 😊

Sambutan bulan puasa setiap tahun sangat meriah.. yang mana kita dapati rata-rata setiap keluarga muslim mempersiapkan diri menyediakan pelb...