Seronoknya Dapat Gandakan Simpanan Emas
Emas merupakan aset bernilai sejak beribu tahun yang lampau. Emas juga mempunyai nilai tersendiri yang mana dapat mengatasi masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi bagi setiap individu yang memilikinya.
Sejak zaman datuk nenek kita yang lalu, harga emas hanya sekitar RM 30++ per gram berbanding pada hari ini yang mana harganya telah meningkat sekitar RM 270++ per gram.
Carta menunjukkan pergerakan harga emas sepanjang tahun 2020 hingga 2023
Emas merupakan sumber bumi yang terhad dan sangat sukar didapati. Maka sebab itu, nilai emas ini sangat berharga dan lambang kekayaan kepada pemiliknya.
Jika kita bandingkan dengan pergerakan nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding USD, maka kita dapati nilai Ringgit Malaysia saban tahun susut nilai disebabkan nilainya dimamah inflasi kerana terdapatnya kenaikan kos pada harga barangan.
Maka, tidak hairanlah jika sebelum ini dengan nilai RM 100 kita boleh membeli belah dapat penuh troli pada suatu masa dahulu berbanding hari ini yang mana hanya boleh memenuhi suku troli sahaja.
Bagaimana, kita nak gandakan simpanan emas untuk hadapi krisis ekonomi ketika inflasi?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda praktikkan adalah seperti berikut :-
1. Beli emas setiap beberapa bulan/setahun sekali bagi yang mampu
2. Asingkan 1% hingga 10% dari duit gaji anda untuk membeli emas secara lumpsum
3. Beli emas serendah 1 gm setiap 1 - 3 bulan bagi yang berkemampuan
4. Beli emas bermodalkan 10% sahaja dan kita mendapat tambahan 90% melalui pembiayaan tawarruq
Dalam hal ini, saya lebih cenderung kepada nombor 4 kerana :-
1. Saya perlu sediakan modal 10% untuk membeli emas
2. Saya dapat pembiayaan 90% melalui Tawarruq Financing
3. Saya perlu bayar management fee 3.5% setahun ke atas jumlah pembiayaan selagi tidak menjual emas yang dimiliki
Cara nombor 4 ini, saya dapat kumpul 100% modal untuk membeli emas. Dengan gabungan modal ini, saya membeli emas pada harga ketika murah sebagai contoh pada harga RM 200 segram.
Andaikata selepas beberapa bulan/tahun harga emas naik sekitar RM 280 segram, maka saya jual dan dapat keuntungan kasar sekitar RM 80 segram. Keuntungan RM 80 segram ini saya boleh tukarkan dalam bentuk gram emas untuk gandakan simpanan emas saya atau boleh keluarkan dalam bentuk RM di mana-mana mesin ATM jika perlu.
Di bawah ini merupakan skrinshoot daripada beberapa testimoni yang telah menggunakan strategi dan teknik gandakan simpanan emas yang betul hasil dari kenaikan harga emas dunia.
No comments:
Post a Comment