Wednesday, February 21, 2024

21 Feb 2024 - Status Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini

 



Korang rasa nak gembira atau sedih bila melihat keadaan nilai matawang kita hari ini?

Hari ini, kedudukan nilai ringgit kita turun lagi berbanding US Dolar iaitu $1 bersamaan RM 4.79.
Anggaran lagi RM 0.21 menyamai RM 5.00.

Sampai bila kita nak melihat nilai simpanan kita susut nilai disebabkan kejatuhan nilai ringgit kita?
Carta MYR vs USD ini menunjukkan nilai sebentar keadaan matawang kita saat ini.

Simpanlah banyak mana duit kita sekali pun di dalam bank, lambat laun nilai simpanan duit kita akan susut juga ditelan inflasi.

Apakah langkah terbaik untuk mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit kita ini?
Disarankan simpanlah beberapa persen % duit simpanan kita ke dalam bentuk Akaun Simpanan Emas untuk menjamin simpanan masa depan kita dari susut nilai yang berpanjangan. 

Tuesday, February 20, 2024

Tak sangka ini pulak yang aku dapat 😊

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 15 Feb 2024, sekitar jam 10 pagi kami sekeluarga bergerak ke Putrajaya yang mengambil masa sekitar setengah jam dari rumah kami. Kami bersiar-siar makan angin di sekitar Pantai Floria, Putrajaya. Alhamdulillah, cuaca waktu itu tidak terlalu panas.

 


Setelah puas bersiar-siar, waktu tengahari pun telah tiba. Maka kami sekeluarga pun mulai kelaparan dan bergegas mencari port makan terdekat. Memandangkan aku dan wife penyimpan emas di QM, maka kami singgah di Malakat Mall Cyberjaya untuk menggunakan fasiliti bayar makanan guna emas.

Setelah tiba di Malakat Mall, aku pun mula mencari parking dan Alhamdulillah parking di sana tidak terlalu crowded ketika aku sampai di sana.



Setelah park kereta, kami sekeluarga pun ronda-ronda di dalam Malakat Mall untuk melihat suasana di dalamnya. (korang boleh google sebab ramai dah share sebelum ini).

Di dalam Makalat Mall, aku ternampak Quantum Metal Jewellery (QMJ) yang merupakan branch ketiga kedai emas QM. Sangat meriah dan cantik kedai emas QM ni.

Kredit kepada pemilik gambar

Selepas bersiar-siar di dalam mall, kami mencari kedai makan untuk mengalas perut. Kami pun terus ke Pulun Cafe dan masing-masing memilih makanan yang disediakan. Kalau nak makanan yang bergoreng, jam 3 petang baru ada, itu kata si penjaga kafe.


Sebelum makan, aku bayar siap-siap harga makanan dan minuman berharga RM 43.30 di kaunter menggunakan emas QM. 


Selepas membayar makanan kami, aku telah mendapat reward GAE20X on the spot masuk ke dalam akaun emas QM aku dan bayaran aku tadi telah diselamatkan melalui teknik Auto GC 👇




Alhamdulillah, perut dah kenyang... kami pun masuk ke Malakat Grocer pulak untuk mencari serba sedikit barang dapur. Kat sini ada jual bermacam-macam barang seperti beras, minyak masak, gula, biskut, makanan sejuk beku, minuman, ayam mentah, ikan dan bermacam-macam lagi yang kita boleh dapatkan di sini.  


Jumlah pembelian barang dapur sekitar RM151.35

Hasil belian barang dapur di atas, aku sangat teruja sebab aku dapat reward GAE20X dan juga bayaran barang dapur aku tadi telah diselamatkan melalui Auto GC 👇 



Akhir sekali, seusai membeli barang dapur.. kami anak beranak mula berasa haus dan kami singgah di kedai Tea Amor untuk membeli  Taufa Caramel Milk dan Taufa Rose Milk yang berharga RM 12.90 setiap satu. Aku membayar air ini menggunakan QMApps bernilai RM 25.80. 




Hasil bayaran air tadi, akaun emas aku bertambah reward GAE20X lagi dan seperti biasa bayaran aku tu telah diselamatkan melalui Auto GC.

Kesimpulannya, setiap perbelanjaan aku bersama keluarga di Malakat Mall akan memberi aku reward dan pembayaran aku menjadi Auto GC tanpa aku keluarkan duit lain. Aku hanya guna simpanan emas yang ada di dalam akaun emas QM melalui kaedah pembayaran QMApp sahaja. Setiap pembelian ini adalah salah satu cara untuk aku selamatkan perbelanjaan hangus aku.

Apa kegunaan GAE20X dan Auto GC ni?
Bila berlakunya kenaikan harga emas dunia nanti, kita boleh jual (terminate) GAE20X dan juga boleh jual (terminate) atau tebus emas yang ada dalam Holding Inventory selepas Auto GC sebelum ini untuk menikmati keuntungan atas perbezaan harga emas dunia.

So, kalau anda ingin berbelanja sambil mendapat reward dan pada masa sama setiap perbelanjaan hangus anda tu ingin diselamatkan, QM adalah solusinya?

Tapi kalau anda rasa cara ini tidak sesuai dengan anda, anda tak perlu tekan link di bawah.

Duit anda, simpanan anda, cara perbelanjaan anda, anda sendiri yang tahu jawapannya.


Friday, February 9, 2024

2 unit Goldbar Sudah Diterima 😍

Syukur Alhamdulillah,


Pada 31 Jan 2024 lepas, client saya telah meminta bantuan saya bagaimana nak withdraw goldbar dari akaun emas QM beliau. Sila rujuk sini 👉 Withdraw Goldbar



Setelah semua proses dilakukan, kita tunggu dan sentiasa update dengan pihak QM tentang status permohonan ini samada melalui email/whatsapp/call untuk set waktu sesuai sebelum proses delivery ini dilakukan (sekiranya memilih delivery ke rumah).

Status permohonan delivery yang telah dikemaskini dalam sistem QM 


Trackig number yang telah diberi pihak QM kepada client sebagai rujukan


Syukur Alhamdulillah, hari ini client inform kepada saya yang mana beliau sudah menerima goldbar 1 gm x 2 unit dengan selamat.



So kalau anda nak simpan emas, pilihlah platform yang legit dan status syarikatnya yang boleh dipercayai.


Aku Dapat Ganjaran 2 Hari Sebelum Puasa 😊

Sambutan bulan puasa setiap tahun sangat meriah.. yang mana kita dapati rata-rata setiap keluarga muslim mempersiapkan diri menyediakan pelb...